Site icon TechNave BM

IFixit ‘bedah’ Apple “Polishing Cloth”, dedahkan mengapa ia begitu premium

Kain penggilap (polishing cloth) Apple  bernilai $19 (~RM78) telah menjadi bahan lawak di media sosial. Walapun begitu, masih terdapat ramai orang yang membeli polishing cloth tersebut. Kini, iFixit mendedahkan isu polishing cloth ini atas permintaan ramai.

Masa penghantaran untuk kain ini mengambil masa 10 hingga ke 12 minggu setelah mendapat sambutan hangat. Namun, yang hairannya terdapat beberapa kedai masih mempunyai stok kain tersebut.

Bahannya kelihatan sama dengan lapisan dalam iPad Smart Cover yang mempunyai lapisan mikrofiber nipis di bahagian dalam. Kedua-duanya mempunyai rasa kulit sintetik yang berbeza untuk mereka dengan sedikit kesat seperti Alcantara.

iFixit turut menyatakan bahawa kain penggilap tersebut merupakan dua kain yang dilekatkan bersama. Sekiranya harganya tidak memadai, anda boleh buka kedua-dua lapisan di mana anda akan mempunyai dua kain, setiap satu berharga $9.50.

Jika dilihat melalui mikroskop, anda akan melihat seperti kain pembersih lama biasa di sebelah kiri. Di sebelah kanan pula terdapat gentian kecil yang dijalin bersama, disatukan bukan sekadar alat untuk membersihkan tetapi juga berfungsi untuk pembersihan sendiri. Di tengah-tengah terdapat garis nipis berbentuk buah epal.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version