Site icon TechNave BM

Iklan OnePlus Ace 2 Pro tertiris, dedahkan pengecasan 150W, RAM 24GB dan storan 1TB

OnePlus bersedia untuk melancarkan telefon pintar baharu iaitu OnePlus Ace 2 Pro di China tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui spesifikasi dan reka bentuknya kerana ia telah terdedah secara dalam talian melalui bahan promosi yang tertiris. 

Pendedahan terkini telah disiarkan di Weibo dengan risalah pemasaran yang menunjukkan Ace 2 Pro dalam dua pilihan warna dan beberapa spesifikasinya. Daripada segi reka bentuk, peranti ini kelihatan hampir sama dengan OnePlus 11 dan hadir dalam pilihan warna kelabu atau cyan.

Iklan itu juga mengesahkan bahawa Ace 2 Pro akan menggunakan pengecasan pantas berwayar 150W, RAM sehingga 24GB dan storan sehingga 1TB. Selain itu, Ace 2 Pro akan mempunyai teknologi berbilang lapisan baharu untuk penyejukan VC yang bersaiz 9.140sq.mm. 

Telefon pintar itu sebelum ini disahkan dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Nantikan sama-sama kemunculannya walaupun ia akan dipasarkan di China sahaja. Namun begitu, ciri-ciri tertentu mungkin dibawa kepada peranti perdana global OnePlus yang akan datang iaitu OnePlus 12. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version