Site icon TechNave BM

Iklan pada skrin kunci telefon akan muncul tidak lama lagi, sedang dalam perbincangan

Berkemungkinan besar, tidak lama lagi akan terdapat iklan walaupun pada skrin kunci anda. Ini kerana sebuah syarikat skrin kunci, Glance dilaporkan akan bertemu dengan pembawa Amerika Syarikat (AS) untuk melancarkan iklan pada beberapa skrin kunci telefon Android dalam masa dua bulan.

Glance mungkin menyediakan platform untuk memaparkan berita utama serta beberapa klip video, kuiz, permainan mudah alih dan foto yang muncul setiap kali anda menghidupkan skrin kunci anda. 

Kami menjangka bahawa Apple juga akan mempertimbangkan hal ini kerana iOS 16 akan hadir dengan widget pada skrin kunci iPhone anda. Tambahan lagi, pengiklan dan Glance mungkin akan mengambil kesempatan untuk memaparkan iklan mereka kerana kebanyakan pengguna jarang menukar tetapan telefon mereka.

InMobi iaitu platform pemasaran mudah alih dari India dan Glance telah menerima pelaburan daripada Google untuk ciri ini. Oleh itu, ciri iklan pada skrin kunci anda mungkin tiba tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: The Verge

Exit mobile version