Dengan acara strim langsung Galaxy Unpacked yang akan diadakan malam ini pada jam 11 malam, terdapat banyak ketirisan maklumat mengenai siri Samsung Galaxy S22 dalam talian. Biasanya kami mendapat maklumat melalui sumber yang boleh dipercayai. Namun, kali ini nampaknya Samsung secara tidak sengaja telah mendedahkan rupa sebenar peranti mereka.
Seperti yang anda boleh lihat daripada kiriman tweet dibawah, Samsung Galaxy S22 dan Galaxy S22 Ultra telah muncul dalam iklan di Facebook yang sepadan dengan imej yang tertiris sebelum ini. Malah stylus S-Pen juga merupakan sebahagian daripada imej dan agak jelas bahawa Samsung mungkin menggabungkan siri Galaxy Note dan Galaxy S22 bersama-sama.
Tambahan pula, ia juga mempromosikan potongan harga sebanyak $200 untuk tempahan Samsung Credit yang serupa dengan tempahan dalam pasaran tempatan iaitu sebanyakRM200. Daripada segi spesifikasi, khabar angin mengatakan pasaran Malaysia mungkin mendapat varian Snapdragon 8 Gen 1 yang merupakan berita baik untuk peminat Samsung.
Kapasiti memori mungkin meningkat kepada RAM 12GB dan storan 512GB manakala baterinya boleh mencapai sehingga 5000mAh. Samsung banyak menumpukan pada teknologi kamera dan perisian UI baharu.
Sebagai peringatan, acara strim langsung pada 9 Februari 2022 (hari ini) bermula jam 11 malam ini di saluran YouTube Samsung Malaysia. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: Twitter

