Site icon TechNave BM

ILMUchat: Pembantu AI pertama buatan Malaysia bakal dilancar 16 September ini

Malaysia bakal melangkah setapak ke hadapan dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan pelancaran ILMUchat iaitu pembantu AI tempatan pertama yang direka memahami bahasa, budaya dan konteks Malaysia secara mendalam.

Dibangunkan oleh YTL AI Labs Sdn Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai FrogAsia Sdn Bhd, ILMUchat disifatkan mampu memahami bahasa rojak termasuk perbezaan rujukan geografi seperti “Georgetown” di Pulau Pinang berbanding di Amerika Syarikat.

Ketua Projek ILMUchat berkata platform ini dibangunkan dengan penekanan kepada privasi dan pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dengan semua data disimpan serta diuruskan sepenuhnya di Malaysia. Akses awal ILMUchat dijadualkan bermula 16 September 2025 bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, anda boleh melayari laman rasmi ilmu.ai. Beritahu kami pendapat anda tentang ILMUchat di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version