Site icon TechNave BM

iMac baharu dilancar: Komputer dilengkapi cip M1, skrin 4.5K Retina Display 24 inci bermula RM 5,379

Dalam acara Apple yang pertama untuk 2021, syarikat teknologi dari Amerika Syarikat (AS) itu telah melancarkan sebuah komputer iMac baharu, dilengkapi cip pertama yang dihasilkan oleh Apple iaitu M1. Ini membenarkan Apple untuk menghasilkan iMac ternipis setakat ini kerana ia membolehkan pelbagai komponen dalam komputer tersebut untuk disusun dalam papan induk yang lebih kecil.

Cip M1 ini menawarkan prestasi yang lebih pantas berbanding iMac sebelum ini, dengan peningkatan 85% untuk prestasi CPU, peningkatan 50% untuk prestasi grafik dan peningkatan tiga kali ganda untuk pembelajaran mesin (machine learning). Daripada segi luaran, iMac ini akan ditawarkan dalam tujuh pilihan warna untuk permukaan belakang.

Komputer ini dilengkapi skrin 4.5K Retina Display (4480×2520) berukuran 24 inci dengan gamut warna P3 yang boleh hasilkan sebanyak satu bilion warna, keterangan 500 nits dan teknologi TrueTone yang mengubah suhu warna mengikut persekitaran pengguna untuk paparan yang lebih natural.

iMac ini turut dilengkapi kamera hadapan FaceTime 1080p, tiga mikrofon, enam pembesar suara, empat port USB-C dan dua port Thunderbolt. Papan kekunci Magic Keyboard yang datang dengan iMac ini juga dilengkapi pengimbas Touch ID untuk pengesahan biometrik buat pengguna.

Di belakang, ia mempunyai ruang palam elektrik yang boleh dihubungkan kepada komputer secara magnetik. Untuk menghubungkan kabel ethernet pula, ia dihubungkan kepada palam kuasa (power adapter) dan bukannya di belakang komputer.

Berikut adalah harga iMac untuk pasaran Malaysia:

Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut tentang iMac baru ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version