Site icon TechNave BM

Imbau kembali, ‘game’ Tom and Jerry: Chase bakal hadir pada iOS dan Android di Malaysia

Sepertinya warganet di seluruh dunia sudah sinonim dengan rancangan kartun siri Tom & Jerry yang popular sepanjang zaman sehingga kini. Kepada peminat Tom & Jerry, anda bakal boleh menikmati game Tom and Jerry: Chase yang bakal hadir di Malaysia.

Memandangkan Google Play Store dan App Store sudah membuka pra-pendaftaran untuk game ini, hal ini merupakan petanda bahawa ia bakal dapat diakses sepenuhnya dalam waktu yang terdekat. Anda boleh pra-daftar game Tom and Jerry: Chase yang dibina oleh NetEase Games melalui Google Play Store dan App Store.

Anda boleh memilih sama ada untuk menjadi Jerry yang dikejar Tom atau Jerry yang mengejar pencuri keju. Kami berpendapat bahawa anda bakal mengimbau kembali zaman kanak-kanak anda melalui game ini.

Adakah anda bakal mencubanya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version