Site icon TechNave BM

Imej dan spesifikasi Apple Powerbeats 4 bocor, hadir dengan warna hitam, putih dan merah

Nampaknya Apple sudah bersedia untuk mendedahkan earbuds Powerbeats 4, dimana baru-baru ini didapati bahawa reka bentuk untuk model baru ditemui dalam penyenaraian FCC AS. Kini, beberapa spesifikasi dan imej teknologi asas telah bocor dan menunjukkan ia mungkin merupakan produk yang akan hadir tidak lama lagi.

Menurut WinFuture, Powerbeats 4 akan menampilkan beberapa penambahbaikan baharu berbanding model terdahulu. Kononnya, ia akan mempunyai rupa yang baru, panduan kabel baru, dan badan plastik yang lebih tahan lama. Di samping itu, ia akan dikuasakan oleh cip Apple H1 yang sama digunakan oleh AirPods Pro, mampu memainkan muzik sehingga 15 jam, dan pengecasan pantas dengan hanya 5 minit.

Dari segi prestasi, semestinya ianya dapat memberikan tahap kualiti audio yang sama seperti Powerbeats Pro dan lebih selesa dipakai. Sudah tentu, anda juga boleh menggunakannya dengan Siri. Dari imej yang ditunjukkan, kita juga dapat melihat bahawa Powerbeats 4 ini tersedia dengan tiga warna iaitu hitam, putih, dan merah.

Selain itu, ia mungkin akan mempunyai tag harga yang sama seperti model terdahulu iaitu RM769. Tetapi kami menjangkakan model baharu itu sekitar RM799 hingga RM899.

Adakah anda berminat untuk membeli earbuds wayarles ini jika tersedia di Malaysia nanti? Luahkan pendapat anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version