Site icon TechNave BM

Imej dan spesifikasi HUAWEI nova 10 dan 10 Pro didedah, mungkin dilancar Julai ini

Semakin banyak berita telah dilaporkan mengenai HUAWEI nova 10 yang dalam proses pembangunan dan ujian. Kini, beberapa anggaran bagi siri nova 10 telah mendedahkan reka bentuk, spesifikasi dan pelancarannya yang mungkin berlaku pada bulan Julai ini. Dikatakan terdapat dua model iaitu HUAWEI nova 10 dan HUAWEI nova 10 Pro.

Imej di bawah mempamerkan HUAWEI nova 10 Pro di bahagian paling kanan dalam warna perak. Ia kelihatan lebih tinggi sedikit dengan bonggolan kamera yang menonjol. Di sebelahnya pula adalah HUAWEI nova 10 standard dengan tiga warna pilihan, membawa reka bentuk yang sama dan skrin yang lebih kecil sedikit.

HUAWEI nova 10 Pro berukuran 164.24 x 74.45 x 7.88 mm dan seberat 191 gram. Ia mempunyai paparan FullHD+ (2652 x 1200px)  6.67 inci dan panel OLED dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia menmpilkan cipset Snapdragon 778G 4G, RAM 8GB, storan 128GB atau 256GB, HarmonyOS 2 dan bateri 4,500mAh dengan pengecasan 100W.

Daripada segi kamera, HUAWEI nova 10 Pro mempunyai kamera utama 50MP ddengan apertur f/1.8, sensor ultralebar 8MP dengan apertur f/2.2 dan sensor kedalaman dengan apertur f/2.4. Kamera swafoto pula mempunyai dua kamera iaitu sensor ultra lebar , f/2.4 60MP dan kamera potret f/2.2 8MP.

Seterusnya, HUAWEI nova 10 berukuran 162.18 x 73.91 x 6.88 mm dengan berat 168 gram. Ia menggunakan panel OLED 6.67 inci, resolusi FullHD+ (2400 x 1080px) dan kadar penyegaran semula 120Hz. nova 10 dikuasakan oleh cipset Snapdragon 778G 4G, RAM 8GB, storan 128GB atau 256GB, HarmonyOS 2 dan bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 66W.

Di bahagian belakang, ia membawa kamera utama f/1.9 50MP, ultralebar , f/2.2 8MP dan sensor kedalaman f/2.4. Ia turut membawa kamera swafoto ultra lebar 60MP dengan apertur f/2.4.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version