Samsung dikhabarkan akan melancarkan jam tangan pintar mereka yang baru dalam masa yang terdekat. Terkini, imej janaan peranti ini telah muncul dalam talian dan ia hadir dengan nama Galaxy Watch4.
Reka bentuk Galaxy Watch4 dilihat berbeza daripada generasi lalunya. Kini, ini mempunyai reka bentuk melengkung yang lebih nipis dan elegan. Pada sisi kanannya, terdapat dua butang fizikal untuk pengawalan tetapan. Ia juga dikhabarkan akan hadir dengan bezel sensitif sentuhan seperti yang ada pada Galaxy Watch Active2.
Selain dari reka bentuknya, spesifikasi Galaxy Watch4 turut tertiris. Bahagian belakang jam tangan menunjukkan bahawa peranti ini akan datang dengan dua saiz berbeza iaitu 40mm dan 44mm. Ia juga dilihat hadir dengan ciri kalis air 5ATM, MIL-STD 810G, GPS dan ketahanan Gorilla Glass DX+.
Imej janaan peranti ini menunjukkan beberapa warna untuk tali jam termasuklah warna putih, hijau, biru, merah, kuning yang dipasangkan pada badan jam berwarna perak, hitam dan gangsa.
Jam tangan pintar ini akan menggunakan perisian Wear OS dan ia dikhabarkan akan memasuki pasaran seawal bulan Ogos ini.
Berika komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : GSMArena

