Site icon TechNave BM

Imej janaan Amazfit Cheetah dan Cheetah Pro tertiris, dedahkan reka bentuk

Amazfit dilaporkan sedang dalam usaha menghasilkan siri jam tangan pintar baharu iaitu Amazfit Cheetah dan Amazfit Cheetah Pro. Kini, imej janaan bagi kedua-dua model jam tangan pintar itu tertiris di Twitter.

Imej yang tertiris mendedahkan bahawa Amazfit Cheetah dan Cheetah Pro akan menampilkan reka bentuk bulat. Kedua-dua peranti mempunyai butang kawalan sama seperti digital crown dan butang fizikal di sebelah kanan serta menampilkan unibody logam.

Varian bukan pro dilihat dengan tali silikon manakala varian pro mempunyai tali fabrik berwarna jingga. Siri Amazfit Cheetah bakal hadir dengan pelbagai ciri pemantauan dan penjejakan kesihatan. Selain daripada maklumat yang disebutkan di atas, imej janaan tersebut tidak mendedahkan sebarang butiran tambahan.

Spesifikasi teras Amazfit Cheetah dan Cheetah Pro masih tidak diketahui. Kami menjangkakan untuk mengetahui lebih banyak butiran tentang jam tangan pintar yang akan datang dalam masa terdekat.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter 1|2

Exit mobile version