Site icon TechNave BM

Imej janaan dan harga Motorola Razr 22 versi global tertiris, bermula ~RM5,585

Pada bulan Ogos, Motorola melancarkan Motorola Razr 2022 di China. Sejak itu, terdapat khabar angin telah membuat spekulasi bahawa peranti itu akan menuju ke Eropah dalam beberapa bulan akan datang. Laporan baru-baru ini mendakwa bahawa peranti itu akan menggunakan nama Razr 22 untuk pasaran global.

Menurut sumber, telefon berkonsepkan cangkerang Motorola akan dilancarkan secara global pada hari Selasa iaitu 25 Oktober ini. Pemberi maklumat telah membocorkan maklumat Motorola Razr 2022 yang akan berharga 1,299 euro (~RM 6,050) di seluruh dunia.

Pada masa yang sama, sumber juga mendakwa bahawa peranti itu akan berharga 1,199 euro (~RM5,585) untuk varian storan 8/256 GB di kebanyakan negara Eropah. Di China, peranti ini tersedia dalam varian lain seperti storan 8/128 GB dan 12/512 GB. Tidak jelas sama ada varian ini akan turut tersedia di pasaran global.

Kedua-dua sumber telah berkongsi beberapa imej janaan Razr 2022 untuk versi global. Imej yang tertiris menunjukkan bahawa ia akan sama dengan edisi yang dipasarkan di China. Motorola Razr 2022 mempunyai paparan P-OLED 6.7 inci yang menghasilkan resolusi FHD+, nisbah aspek 20:9 dan kadar penyegaran 144Hz.

Pada bahagian belakang, ia mempunyai skrin G-OLED 2.69 inci. Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Plus Gen 1, RAM LPDDR5, storan UFS 3.1 dan bateri 3,500mAh yang menyokong pengecasan 33W TurboPower melalui port USB-C. Razr 2022 dilengkapi dengan OS Android 12 dan mempunyai kamera swafoto 32MP.

Panel belakang peranti mempunyai kamera utama 50MP dengan sokongan OIS dan kamera ultra lebar 13MP. Peranti ini hadir dengan slot nano-SIM, slot e-SIM dan pengimbas cap jari pada bahagian sisi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version