Site icon TechNave BM

Imej janaan iPhone Fold tertiris, telefon pertama Apple yang boleh lipat

Walaupun disahkan bahawa Apple akhirnya akan melancarkan peranti boleh lipat, syarikat itu tidak mungkin mengeluarkannya tahun ini. Sumber mendakwa bahawa dua model mungkin diperkenalkan tahun depan dengan salah satunya adalah model boleh dilipat. Tetapi sumber lain mendakwa bahawa telefon itu tidak akan keluar sehingga tahun 2024.

Bagi mereka yang berminat, AppleInsider telah membuat beberapa konsep imej janaan untuk iPhone ‘Fold’ ini. Ia adalah berdasarkan imej paten untuk peranti yang belum dikeluarkan secara rasmi. Apple merancang untuk menggunakan reka bentuk engsel baharu dan penambahbaikan dalam teknologi paparannya.

Seperti yang anda lihat, iPhone Fold dijangka mempunyai bahagian sisi yang rata dan bucu bulat seperti siri iPhone semasa. Ia juga menampilkan empat kamera belakang, kamera swafoto lubang tebuk (punch-hole) dan butang pada kedua-dua sisi. Secara jujur, ia kelihatan seperti iPhone 13 Pro dengan saiz yang lebih lebar dan boleh dilipat.

Ini hanyalah konsep imej janaan dan mungkin terdapat banyak perubahan dalam proses penghasilannya nanti. Adakah anda akan menunggu dan bakal membeli iPhone Fold ini?Nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia dan kongsi pendapat anda di Facebook kami.

Exit mobile version