Site icon TechNave BM

Imej janaan OnePlus 10 Pro terdedah, miliki 3 kamera pada bonggolan segi empat sama

Kini, terdapat pendedahan baharu mengenai reka bentuk OnePlus 10 Pro mengenai reka bentuknya yang mungkin menggunakan bonggol kamera berbetuk segi empat pada bahagian belakangnya.

Salah satu sumber terkenal @OnLeaks menunjukkan OnePlus 10 Pro mempunyai tiga kamera belakang tanpa kamera monokrom 2MP sebagai kamera keempat seperti OnePlus 9 Pro. Sumber menjangkakan ianya hadir dengan pilihan RAM 8GB hingga RAM 12GB, storan 128GB hingga 256GB, paparan nisbah 20:9 6.7 inci dengan resolusi QHD (3216 x 1440), penyegaran semula 120Hz dan bateri 5,000mAh.

Selain itu, kami turut mendengar bahawa siri telefon OnePlus 10 mungkin akan menampilkan gabungan OxygenOS dan ColorOS OPPO hasil kerjasama kedua-dua syarikat tersebut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techradar

Exit mobile version