Site icon TechNave BM

Imej janaan OPPO Find N3 Flip tertiris, dedahkan kamera ketiga baharu

Samsung sedang bersedia untuk melancarkan Galaxy Z Flip5 pada bulan hadapan yang akan menampilkan skrin luar yang lebih besar. Kini, OPPO pula sedang sibuk menghasilkan pengganti kepada Find N2 Flip yang telah dilancarkan secara global awal tahun ini untuk bersaing dengan Samsung.

Walaupun ia masih merupakan peranti yang agak baharu, OPPO nampaknya telah melakukan langkah proaktif bagi mengusahakan penggantinya. Baru-baru ini, imej janaan OPPO Find N3 Flip telah tertiris. Skrin luarnya kelihatan hampir sama dengan Find N2 Flip namun Find N3 Flip telah memperoleh kamera ketiga baharu.

Kedudukan kamera juga serupa dengan N2 Flip. Menurut sumber, Find N3 Flip akan berkongsi semua kameranya dengan OPPO Reno10 Pro yang dilancarkan baru-baru ini. Jadi, ini bermakna kamera utama menggunakan sensor Sony IMX890 50MP dengan OIS, ultra lebar 8MP dan zoom optikal x2 32 MP yang merupakan kamera tambahan berbanding N2 Flip.

Spesifikasi yang lain berkemungkinan besar akan sama dengan Find N2 Flip. Walau bagaimanapun, OPPO masih belum mendedahkan tarikh pelancaran rasmi untuk Find N3 Flip. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91Mobiles

Exit mobile version