Site icon TechNave BM

Imej janaan rasmi OPPO A55 4G tertiris: Mungkin miliki Helio siri-G & bateri 5,000mAh

Pada Januari lalu, OPPO telah melancarkan telefon pintarnya iaitu OPPO A55 5G. Kini, syarikat itu dilihat dalam usaha untuk menghasilkan A55 tetapi versi 4G. OPPO A55 4G tersedia dalam tiga warna seperti yang ditunjukkan dalam imej janaan iaitu hitam, hijau dan biru/aurora.

Skrinnya memiliki lubang (punch hole) pada bahagian atas kiri untuk kamera swafoto dan bahagian belakangnya terdapat kamera utama 50MP. Menurut laporan sebelum ini, OPPO A55 4G mungkin menggunakan kapasiti bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 18W.

Pengimbas cap jari diletakkan di butang kuasa pada bahagian sisi telefon. Terdapat tiga kamera yang mana kamera utamanya mungkin menggunakan sensor 50MP, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Ia mungkin dilengkapi cipset MediaTek Helio siri-G dan kami mengharapkan bahawa spesifikasi lainnya bakal didedahkan tidak lama lagi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version