Site icon TechNave BM

Imej janaan rasmi Samsung Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 didedah, bakal dilancar 10 Ogos ini

Samsung Mobile secara rasmi mengesahkan acara Galaxy Unpacked pada 10 Ogos ini melalui satu tweet. Melihat kepada poster yang tertiris, ia memaparkan Samsung akan mengumumkan peranti boleh lipat terbaharunya Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 serta siri Galaxy Watch 5 pada 10 Ogos ini.

Imej Galaxy Z Flip4 menunjukkan bahawa peranti itu akan mempunyai potongan lubang tebuk berpusat untuk menempatkan kamera swafoto. Ia juga mendedahkan pilihan warna seperti kelabu, ungu, emas dan biru. Sementara itu, imej Galaxy Z Fold4 menunjukkan kamera swafoto bawah paparan dan pengimbas cap jari pada bahagian sisi. Terdapat beberapa pilihan warna seperti hitam, beige dan kelabu/hijau.

Selepas imej janaan dipaparkan, anda boleh meneka dengan memadankan warna gambar terakhir daripada tweet dengan gambar kedua. Selepas memadankannya, anda akan mendapat kedudukan nombor yang betul dan mendedahkan nombor 081022 yang mana ia merujuk kepada 10 Ogos sepada dengan poster pengacah.

Samsung pasti akan mendedahkan lebih banyak imej pengacah rasmi tentang peranti akan datang yang bakal dilancarkan pada acaranya nanti. Beritahu kami di Facebook jika anda akan melanggan kepadanya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version