Site icon TechNave BM

Imej janaan realme Pad Mini tertiris, dedahkan reka bentuk dan kamera 8MP

Imej janaan realme Pad Mini yang mendapat pensijilan NBTC minggu lalu telah muncul dan mendedahkan reka bentuk tablet itu. Gambar-gambar ini menunjukkan bahawa realme Pad Mini hadir dalam warna perak dan bahagian belakangnya terdapat kamera 8MP dengan sokongan beberapa ciri dikuasakan AI.

Panel belakangnya juga mempunyai logo realme di sudut kanan bawah dengan bahagian sebelah kanannya menempatkan butang kuasa dan butang pembesar suara. Bahagian hadapannya masih belum dilihatkan, tetapi sumber mendakwa bahawa ia memaparkan skrin 8.7 inci.

Terdapat juga kamera swafoto 5MP yang telah didedahkan oleh Camera FV-5. realme Pad Mini akan dikuasakan oleh cipset Unisoc T616 dan didatangkan dengan RAM 4GB RAM serta 64GB storan. Walau bagaimanapun, terdapat juga model RAM 3GB yang muncul di Geekbench bersama Android 11.

Pad Mini akan memuatkan bateri berkapasiti 6,400 mAh dengan sokongan pengecasan 18W dan badannya mempunyai ketebalan 7.6mm. Masih belum ada sebarang maklumat rasmi daripada realme tentang Pad Mini, tetapi sama-sama kita nantikan kemunculannya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version