Site icon TechNave BM

Imej janaan Samsung Galaxy M52 5G muncul, miliki SD 778G, 6.7″ 120Hz & bateri 5,000mAh

Samsung sedang dalam fasa terakhir bagi melancarkan beberapa telefon pintar siri Galaxy-M termasuk Galaxy M52 5G. Sebelum ini, ianya telah tertiris beberapa kali dengan beberapa ciri yang akan hadir seperti panel skrin AMOLED 6.7 inci, cipset Snapdragon 778G, 64MP + 12MP + 5MP dan kapasiti bateri 5,000mAh.

Sumber yang dipercayai mengatakan bahawa Galaxy M52 5G memiliki skrin beresolusi 1,080 x 2,400 piksel dan segar semula skrin 120Hz. Ia tersedia dalam tiga warna iaitu hitam, biru dan putih.

Seterusnya, dalam imej janaan tersebut jelas kelihatan pengimbas cap jari pada bahagian sisi telefon yang merupakan kebiasaan dalam reka bentuk siri-M. Sebelum ini, Samsung secara senyap-senyap telah melancarkan Galaxy M22. Maka, kami mengandaikan bahawa iainya mungkin berlaku untuk model Galaxy M52 5G.

Apa-apa pun kami masih menanti maklumat rasmi daripada Samsung. Adakah anda berminat dengan telefon ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version