Site icon TechNave BM

Imej janaan Samsung Galaxy M52 5G muncul, miliki skrin Super AMOLED 120Hz 6.7”

Samsung bakal melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy M52 5G secara global serentak di beberapa buah negara. Sebelum ini, terdapat beberapa maklumat yang tertiris mengenai spesifikasinya. Kini, imej janaannya tertiris di internet.

Laporan itu mengesahkan bahawa ianya akan dilengkapi panel skrin Super AMOLED 6.7 inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel, segar semula skrin 120Hz dan terdapat lubang (punch hole) pada bahagian tengah atas.

Imej janaan tersebut juga menunjukkan reka bentuk bahagian belakang telefon berkenaan. Reka bentuk belakang keseluruhan telefon ini memiliki jalur garisan secara menegak. Memandangkan ia adalah siri-M, kami mengandaikan bahawa badan telefon ini akan menggunakan kemasan plastik.

Dengan semua maklumat yang tertiris, Samsung tidak perlu lagi berahsia tentang kemunculannya kelak. Adakah anda berminat dengan telefon ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version