Sehingga kini, terdapat banyak khabar angin dalam talian mengenai Samsung Galaxy Z Fold 3. Peranti ini dikhabarkan akan memasuki pasaran bulan Ogos ini dan hadir dengan kamera bawah skrin yang pertama dari Samsung. Terkini, sebuah imej janaan untuk peranti tersebut pula telah dikesan.
Melihat kepada imej janaan tersebut, ia hadir dengan reka bentuk yang sedikit berbeza berbanding generasi yang lalu. Galaxy Z Fold 3 ini menggunakan bucu yang rata dengan kemasan matte di panel belakang. Ini sememangnya tampak lebih elegan dan premium.
Selain itu, Galaxy Z Fold 3 juga dilihat menggunakan tiga kamera pada bahagian belakang dengan lampu kilat di bahagian atas kirinya.
Apa pun, ini hanyalah khabar angin sahaja dan bukanlah dari sumber yang rasmi.
Adakah anda meminati bucu yang rata pada telefon pintar anda? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

