OnePlus bakal melancarkan siri telefon kelas andalan mereka, siri OnePlus 9 pada 23 Mac ini. Namun, beberapa hari sebelum ia diumumkan, sumber dalam talian telah menunjukkan imej janaan berkualiti tinggi peranti ini.
Berdasarkan imej janaan tersebut, siri OnePlus 9 kali ini hadir dengan empat pilihan warna sahaja. OnePlus 9 Pro dengan warna hijau dan perak, manakala OnePlus 9 dengan warna hitam dan ungu. Yang menarik, kamera modulnya hadir dengan dengan tulisan ‘Hasselblad’. Ini mengesahkan penglibatan syarikat kamera Hasselblad dalam pembuatan kamera peranti siri OnePlus 9.
Selain dari OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro, OnePlus juga dikhabarkan akan melancarkan sebuah peranti yang khas untuk gaming iaitu OnePlus 9R. Namun, ianya mungkin akan dilancarkan di pasaran India sahaja.
Lihat artikel lepas mengenai spesifikasi siri OnePlus 9 ini.
Adakah anda menantikan peranti kelas andalan dari OnePlus ini? Ikuti kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : Gizmochina

