Site icon TechNave BM

Imej Motorola Razr 40 Ultra tertiris, dedahkan skrin penutup berukuran 3.5″

Sebelum ini, terdapat banyak khabar angin mengenai telefon boleh lipat Razr Motorola yang akan datang dengan beberapa sumber memanggilnya Razr 2023 manakala yang lain merujuknya sebagai Razr+. Kini, ia mempunyai nama lain untuk dipanggil iaitu Motorola Razr 40 Ultra.

Maklumat baharu itu datang daripada sumber yang boleh dipercayai telah berkongsi beberapa imej baharu peranti itu bersama bayangan harga runcitnya. Imej-imej itu menunjukkan skrin penutup 3.5 inci yang dikatakan dengan terdapat pelbagai pilihan gaya yang berbeza.

Imej tersebut juga menunjukkan beberapa menu pemperibadian termasuk pilihan untuk mengubah suai fon, warna, bunyi dan kertas dinding. Dalam berita berkaitan, sumber lain berkongsi harga yang tertiris untuk Razr 40 Ultra.

Varian 8/256GB akan berharga €1,200 (~RM5,895) dan akan tersedia dalam sekurang-kurangnya tiga pilihan warna iaitu Glacier Blue, Viva Magenta dan Phantom Black. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SamInsider

Exit mobile version