Site icon TechNave BM

Imej OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro dibocorkan dalam Twitter

Memandangkan OnePlus 8 mungkin akan dilancarkan pada April ini, beberapa gambar peranti itu sudah pun dibocorkan dalam Twitter. Dalam beberapa buah gambar daripada @OnLeaks, beliau menunjukkan rupa OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro.

Menurut maklumat awal, OnePlus 8 mempunyai cipset Snapdragon 865, skrin OLED Full HD+ berukuran 6.55 inci dengan kadar refresh 90Hz, storan 128GB atau 256GB, RAM 8GB atau 12GB, kamera belakang 48MP + 16MP + 2MP, kamera hadapan 16MP, bateri 4,300mAh dan pengecasan pantas 30W.

Bagi OnePlus 8 Pro pula, ia dilengkapi cipset Snapdragon 865, skrin AMOLED QHD+ berukuran 6.78 inci dengan kadar refresh 120Hz, varian memori 8GB + 128GB dan 12GB + 256GB, kamera belakang 48MP + 8MP + 5MP, kamera hadapan 16MP yang berada di bahagian atas kiri skrin, bateri 4,510mAh dan pengecasan pantas berwayar dan wayarles 30W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan telefon OnePlus ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: iGeeksBlog, Pigtou

Exit mobile version