OPPO telah melancarkan siri Reno13 di Malaysia pada Januari 2025 dan kini, jenama ini dijangka memperkenalkan siri Reno14 pada bulan Mei nanti di China. Imej awal Reno14 yang dikongsikan oleh sumber menunjukkan rekaan baru kamera bergaya “cannon-style” yang diukir menggunakan teknik cold-carving.
Telefon ini menampilkan reka bentuk R-angle yang besar serta rangka sisi aluminium yang menjadikannya kelihatan sangat mirip dengan iPhone. Walaupun reka bentuk hadapan belum didedahkan, laporan menyatakan Reno14 akan menggunakan paparan rata.
Daripada segi spesifikasi, Reno14 dijangka hadir dengan skrin OLED LTPS 6.59 inci beresolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Untuk kamera, ia bakal dilengkapi kamera hadapan 50MP dan tri-kamera belakang iaitu kamera utama dengan OIS 50MP utama, ultra lebar 8MP dan telefoto menggunakan senson Samsugn JN5 50MP.
Ia mungkin dikuasakan oleh cipset Dimensity 8350, bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 80W, pengimbas cap jari bawah skrin, pemancar IR dan menjalankan ColorOS 15 berasaskan Android 15.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina

