Site icon TechNave BM

Imej pertama Xiaomi Mi Band 7 tertiris, dedahkan paparan yang lebih besar, AOD, GPS terbina dalam

Xiaomi Mi Bands ialah salah satu penjejak kecergasan yang paling mampu milik dan popular di kebanyakan pasaran. Pada masa ini, hanya Xiaomi Mi Smart Band 6 yang berada dalam pasaran selepas dilancarkan hampir setahun lalu.

Menurut laporan baru oleh XDAdevelopers, beberapa ciri pertama penjejak kecergasan akan datang yang digelar Mi Band 7 telah ditemui melalui kod yang terdapat dalam aplikasi Xiaomi sendiri. Kod ini menunjukkan bahawa Mi Smart Band 7 akan menggunakan nama kod “L66” dan akan mempunyai nombor model M2129B1 dan M2130B1.

Ia akan menampilkan paparan resolusi 192 x 490p dengan sokongan ‘Always-on-Display’ untuk beberapa muka jam dan pelbagai mod senaman daripada Aerobik hingga Zumba. Ketirisan maklumat itu juga telah mendedahkan bahawa Mi Band 7 akan menampilkan sokongan GPS terbina dalam tetapi kehadiran ciri ini masih diragui.

Kod tersebut telah mendedahkan lagi bahawa Mi Band 7 akan mempunyai ciri Penggera Pintar yang secara automatik akan membangunkan anda daripada tidur nyenyak 30 minit sebelum penggera sebenar anda berbunyi. Selain itu, Mi Band 7 bakal miliki mod penjimatan kuasa untuk meningkatkan hayat bateri.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version