Site icon TechNave BM

Imej prototaip Google Pixel 8 Pro tertiris, dedahkan reka bentuk dan spesifikasi

Baru-baru ini, beberapa imej telah tertiris di Reddit menunjukkan prototaip Pixel 8 Pro. Namun, selepas beberapa ketika, imej tersebut telah dipadam bersama-sama dengan akaun yang menyiarkannya. Hal ini secara tidak langsung memberikan petunjuk yang kuat bahawa ia merupakan imej yang sah.

Berdasarkan imej tersebut, ia merupakan Pixel 8 Pro kerana hadir dengan tiga kamera belakang. Reka bentuk masih sama seperti pendahulunya dengan rekaan bonggol kamera dan kedudukan kamera standard.

Prototaip tersebut mempunyai label dan ia digunakan untuk ujian serta penilaian sahaja. Ia juga menggunakan kod nama “husky”yang diketahui milik Pixel 8 Pro. Prototaip ini mempunyai RAM LPDDR5 12GB buatan Samsung dan storan UFS 128GB yang dibuat oleh SK Hynix.

Memandangkan Pixel 8 Pro masih dalam pembangunan, kita perlu menunggu kenyataan rasmi daripada Google tentang peranti ini. Untuk pengetahuan, Pixel 8 dan Pixel 8 Pro hanya akan dilancarkan pada bulan Oktober.

Menurut laporan sebelum ini, bulatan yang terletak di bawah denyar LED ialah termometer inframerah. Pixel 8 Pro dikatakan datang dengan paparan OLED 6.7 inci, kadar segar semula 120Hz, kamera belakang utama 50MP dengan sensor ISOCELL GN2 Samsung, sensor Sony IMX787 64 MP untuk ultra lebar dan optik 5x yang sama penderia zum.

Bahagian hadapan pula terdapat kamera swafoto 11MP. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Reddit

Exit mobile version