Site icon TechNave BM

Imej rasmi pertama OnePlus Pad, akan dilancar bersama OnePlus 11 pada 7 Februari ini

OnePlus 11 akan dilancarkan secara global pada 7 Februari 2023. Terdapat satu lagi peranti yang turut dilancarkan pada acara yang sama iaitu OnePlus Pad. Syarikat itu telah berkongsi imej pertama tablet memberikan pandangan rasmi pertama peranti.

Tablet pertama syarikat itu hadir dalam warna Halo Green di mana OnePlus mengatakn ia merupakan “gabungan kemeriahan kehidupan dengan keluasan ruang”. Tablet ini mungkin mempunyai warna lain tetapi tiada butiran yang kami dapat buat sementara ini.

Reka bentuknya berbadan aloi aluminium dan bingkai bercabang untuk keselesaan pegangan. Terdapat kamera tunggal di belakang tengah dan kamera swafoto di hadapan dalam bezel paparan di atas tengah peranti.

Memandangkan 7 Februari semakin hampir, kami pasti lebih banyak maklumat yang akan didedahkan mengenai OnePlus Pad dan juga OnePlus 11. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Techradar

Exit mobile version