Site icon TechNave BM

Imej Redmi Turbo 3 tertiris, bakal tampilkan prestasi kelas perdana

Redmi bakal melancarkan siri telefon pintar Turbo baharunya di China tidak lama lagi yang berada di kedudukan antara peranti siri Note dan K dengan penekanan pada prestasi perdana. Redmi Turbo 3 dijangka dilancarkan sebagai peranti pertama dalam siri Turbo.

Namun kini, imej Redmi Turbo 3 tertiris dengan seorang lelaki memegangnya dan terdapat dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Redmi Turbo 3 akan menampilkan reka bentuk belakang yang menarik dengan tiga sensor kamera yang diketuai oleh kamera utama 200MP dengan OIS.

Kita juga boleh melihat salah satu sensor yang dijangkakan sebagai kamera makro yang terletak di tengah. Berdasarkan spekulasi daripada Weibo, Redmi Turbo 3 akan debut dengan cipset Snapdragon 8s Gen 3 yang diumumkan baru-baru ini bersama RAM sehingga 16GB dan storan 512GB.

Ia berkemungkinan akan menampilkan HyperOS berdasarkan Android 14, bateri 5,500 mAh dengan pengecasan pantas 90W dan paparan OLED 1220p 6.67 inci dengan kadar penyegaran 120Hz. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version