Site icon TechNave BM

Imej rekaan Apple Car didedahkan, sebuah kereta “kayangan” yang sedang diuji

Baru-baru ini, terdapat laporan yang menyatakan bahawa Apple Car sedang diuji di jalan raya dan bakal dengan teknologi bateri unik yang tersendiri. Sumber kini telah mendedahkan imej rekaan Apple Car dengan reka bentuk unik sebagai sebuah kereta pandu sendiri.

Menurut sumber terdahulu, Apple Car ialah sebuah kereta elektrik dengan teknologi pandu sendiri. Ia dilapor bakal dilengkapi teknologi bateri selain daripada litium ion untuk mengelakkan pemanasan. Perlu diingatkan imej adalah rekaan semata-mata berdasarkan ura-ura visi dan paten mengenai reka bentuk Apple Car.

Apakah jangkaan anda terhadap Apple Car? Adakah rakyat Malaysia mampu membelinya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Lets Go Digital melalui mydrivers

Exit mobile version