Site icon TechNave BM

Imej rekaan padu HUAWEI P50 Pro muncul, 4 kamera utama dan skrin melengkung

Mungkin ura-ura mengenai siri HUAWEI P50 masih terlalu awal, namun tidak bermakna kita boleh menidakkan berita mengenainya. Terkini, terdapat pereka yang telah mencipta imej rekaan HUAWEI P50 Pro, memperlihatkan peranti ini dari pelbagai sudut.

Pereka @Hoilndl telah memuat naik imej ini melalui siaran di laman laman Twitternya. Rekaan hadapan memperlihatkan paparan melengkung dengan skrin berlubang yang memuatkan kamera swafoto, manakala rekaan belakang tampil dengan modul kamera segi empat memanjang yang dihuni kamera kuad, lampu kilat LED dan logo LEICA.

Di sisi sebelah kanan peranti terdapat butang kelantangan bunyi dan butang kuasa berwarna merah. Di sebelah bawah pula terdapat gril pembesar suara dan USB-C, tanpa bicu audio 3.5mm (kebanyakan peranti andalan sudah meninggalkan fungsi bicu audio).

Menurut sumber yang lalu, HUAWEI P50 Pro dijangka hadir dengan paparan 6.6 inci, kamera berteknologi cecair sepantas mata manusia dan mungkin dilengkapi pengecas pantas 135W.

Kongsikan pandangan anda mengenai imej rekaan tidak rasmi ini di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HUAWEI Central

Exit mobile version