Site icon TechNave BM

Imej rekaan Redmi K40 Pro didedahkan, calon peranti termurah Snapdragon 888

Selepas beberapa siri berita mengenai kemunculan peranti terbaru dari Redmi dengan janaan Snapdragon 888, sumber kini mendedahkan imej rekaan Redmi K40 Pro yang memperlihatkan reka bentuk peranti Redmi versi andalan yang seterusnya.

Jika anda masih tidak tahu, siri Redmi K30 sebelum ini tidak dilancar di pasaran Malaysia. Melihat kepada imej rekaan, Redmi K40 Pro memiliki rekaan sama dengan Redmi K30s. Modul kamera berbentuk segi empat dihuni kamera kuad. Rekaan ini turut selari dengan imej didakwa sebagai Redmi K40 yang telah muncul sebelum ini.

Sumber: tech_required

Memandangkan Redmi ialah jenama di bawah naungan Xiaomi yang menawarkan peranti dengan harga lebih berpatutan, ia semestinya menjadi peranti dengan cipset andalan yang agak murah jika ia benar dijana oleh Snapdragon 888.

Apa pun, kami masih tidak mengetahui tarikh rasmi pelancarannya. Apakah pendapat anda mengenai siri Redmi K40 ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version