Site icon TechNave BM

Imej rekaan Sony Xperia 1 III didedahkan, Sony setia dengan rekaan lama

Baru-baru ini, kami telah memaklumkan mengenai imej rekaan peranti kelas pertengahan Sony Xperia 10 III yang telah timbul dan Sony Xperia Pro yang baru dilancar dengan harga mencecah ~RM10,000. Sumber kini mendedahkan pula imej rekaan peranti andalan dari Sony, Sony Xperia 1 III.

Jika dibandingkan imej rekaan ini dengan rekaan sebenar Sony Xperia 1 II terdahulu, rekaannya kelihatan sama sahaja. Tiada perubahan pada rekaan peranti Sony bukan perkara baharu kerana sememangnya Sony setia dengan rekaannya yang tersendiri dan tidak menyamai rekaan telefon pintar lain.

Apa yang berbeza adalah penambahan lensa periskop pada Sony Xperia 1 III. Tetapan kamera utama masih lagi berjumlah empat, tetapi lensa telefoto digantikan dengan lensa periskop. Saiz peranti juga dikatakan mengecil dan memberi lebih keselesaan kepada pengguna untuk memegangnya.

Dijangka, ia bakal hadir dengan Snapdragon 888, paparan 6.5 inci 4K HDR OLED 3840 x 1644 piksel, pembesar suara stereo, sensor cap jari di sisi yang diintegrasikan bersama butang kuasa, port USB-C, bicu audio 3.5mm dan slot microSD.

Jika mengikut garis masa terdahulu, Sony Xperia III bakal dilancar sekitar bulan Mac. Namun, kami berharap agar kita tidak perlu menunggu kehadiran peranti ini di pasaran Malaysia sehingga beberapa bulan kemudian.

Adakah anda berminat dengan Sony Xperia 1 III? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

SUmber: voice

Exit mobile version