Site icon TechNave BM

Imej rekaan Sony Xperia 10 III didedahkan, Sony masih tidak berganjak dari rekaan sama

Satu-satunya jenama yang mengeluarkan peranti dengan nama roman, Sony pastinya akan hadir dengan peranti terbaru mereka. Terkini, terdapat imej rekaan Sony Xperia 10 III yang tertiris, mendedahkan rekaan dan tetapan kamera peranti tersebut.

Menurut imej rekaan, Sony Xperia 10 III bakal hadir dengan skrin 6.0 inci yang dikelilingi bezel. Kehadiran bezel di bahagian atas menempatkan kamera swafoto 8MP. Oleh itu, skrin tiada gangguan rekaan bertakuk atau skrin berlubang.

Di bahagian belakang pula kelihatan tetapan tiga kamera 12MP + 8MP ultra lebar + 8MP telefoto (jangkaan sahaja). Selain dua pembesar suara, terdapat juga bicu audio 3.5mm dan sensor cap jari yang diintegrasikan bersama butang kuasa di sisi peranti.

Secara keseluruhan, Sony masih mengekalkan rekaannya yang tersendiri sama seperti peranti generasi terdahulu Sony Xperia 10 II. Memandangkan imej rekaannya telah hadir, kita mungkin boleh menjangkakan spesifikasi lain pada hari yang akan datang.

Apakah pendapat anda tentang Sony Xperia 10 III dengan rekaan yang hampir tiada beza dengan Xperia 10 II? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: VOICE

Exit mobile version