Site icon TechNave BM

Imej Samsung Galaxy Z Fold 2 muncul dalam treler rasmi Galaxy Unpacked 2020

Tarikh Samsung Galaxy Unpacked kini semakin hampir dan terdapat pelbagai berita awal tentang peranti yang dijangka akan dilancarkan. Kini, dalam sebuah video awal daripada Samsung untuk acara tersebut, bayangan telefon lipat Galaxy Fold 2 telah dipertontonkan, di samping produk-produk Samsung Galaxy lain.

Telefon tersebut dijangka akan dilengkapi cipset Snapdragon 865 Plus, skrin 120Hz yang lebih besar, tiga kamera di belakang, pembesar suara stereo dan salah satu pilihan warnanya adalah gangsa Bronze Gold.

Selain Fold 2, produk lain yang dipertontonkan dalam video itu ialah Galaxy Buds Live, Galaxy Watch 3, Galaxy Tab S7 dan Galaxy Note20.

Beritahu kami di Facebook produk Samsung manakah yang anda ingin lihat pada 5 Ogos nanti dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version