Site icon TechNave BM

Imej siri Samsung Galaxy Tab S8 muncul, pelancarannya semakin hampir

Walaupun Samsung belum menetapkan tarikh pengumuman untuk siri Samsung Galaxy Tab S8, imej peranti telahpun didedahkan menunjukkan bahawa tarikh pelancaran peranti semakin hampir.

Namun begitu, imej tidak banyak mendedahkan butiran spesifikasi dan hanya menunjukkan beberapa dimensi Samsung Galaxy Tab S8, S8+ and S8 Ultra. Ketiga-tiga peranti ini sedang melalui proses pensijilan.

Selain itu, siri S8 ini berkemungkinan akan membawa penampilan bersama S-Pen yang serasi dengan generasi Samsung Galaxy S7 sebelumnya iaitu stilus dengan ID FCC yang sama melalui proses pengawalseliaan Galaxy S8.

Menurut khabar angin setakat ini, model standard akan menawarkan skrin 11 inci, varian Plus akan mempunyai panel 12 inci manakala pilihan Ultra akan membawa skrin takuk (notch) 14.6 inci . Ketiga-tiga peranti akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 1. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version