Site icon TechNave BM

Imej telefon “gaming” baru muncul, bukan ASUS ROG Phone 4, tapi ROG Phone 5!

Baru-baru ini, ASUS telah mengumumkan mengenai generasi terbaru telefon gaming mereka, ASUS ROG Phone yang semestinya bakal dikuasai Snapdragon 888. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan imej, didakwa sebagai gambar pertama untuk peranti ASUS ROG Phone generasi terbaru.

Apa yang menariknya, pendedahan gambar ini membawa spekulasi bahawa ASUS tidak akan menamakan ia sebagai ASUS ROG Phone 4, tetapi melangkau terus kepada ASUS ROG Phone 5. Anda boleh melihat sendiri angka 5 yang dipaparkan pada panel belakang peranti yang didakwa sebagai ASUS ROG Phone 5.

Sebenarnya, ia bukan perkara mustahil jika asus ingin melangkau nombor 4 untuk peranti ASUS ROG Phone terbaru. Terdahulu, Snapdragon juga menamakan cipset terbarunya sebagai Snapdragon 888.

Tindakan melangkau nombor pada siri peranti bukan lagi benda asing. Namun, perlu diingatkan bahawa kita perlu menunggu maklumat rasmi mengenai ura-ura ini.

Peranti ASUS ROG Phone baharu telah melepasi perakuan rasmi di China (3C), dijangka hadir pada suku pertama 2021 dengan Snapdragon 888 dan cas pantas yang lebih tinggi. Apakah pendapat anda mengenai ura-ura ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CN Beta

Exit mobile version