Site icon TechNave BM

Imej telefon mekanisme skrin gulung OPPO dengan kolaborasi Tom Ford didedahkan

Sebelum ini, OPPO telah memperkenalkan konsep telefon pintar pertama dengan mekanisme skrin gulung. Sumber terkini mendedahkan imej rekaan peranti gelongsor dengan mekanisme skrin gulung berkolaborasi bersama jenama terkenal Tom Ford.

Seperti yang dilihat pada gambar, peranti ini boleh dibuka secara menggelongsor dengan mekanisme skrin seperti digulung. Ia dilihat hadir dengan tetapan tiga kamera belakang dengan paparan tulisan OPPO X Tom Ford – Design for Concept Shakira di atas modul kamera berwarna emas dan kamera hadapan yang tersembunyi di bawah skrin.

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat jika peranti ini bakal dijual di pasaran atau hanya kekal sebagai sebuah konsep sahaja.

Terdahulu, kami telah memaklumkan bahawa beberapa jenama termasuk OPPO bakal melancarkan telefon lipat pada tahun 2021.

Apakah pandangan anda terhadap peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: LetsGo Digital

Exit mobile version