Site icon TechNave BM

Imej vivo X60t Pro terdedah, miliki Dimensity 1200 dan bateri 3,920mAh

Selepas melancarkan siri vivo X70 di peringkat global, syarikat itu sekali lagi nampaknya bakal mengumumkan sebuah lagi telefon pintar baharu. Telefon vivo terbaru itu telah muncul di TENAA dengan cipset Dimensity 1200 serta paparan AMOLED dan sumber mendakwa bahawa ia akan menggunakan nama vivo X60t Pro.

Telefon tersebut nampaknya mendapat sentuhan terkini dan tidak menggunakan reka bentuk telefon yang sebelumnya seperti X60 Pro+ dan X60t Pro. Paparannya bersaiz 6.44 inci dan dilengkapi dengan kamera utama 64 MP serta kamera swafoto 16 MP.

Daripada segi memori, vivo telah menyenaraikan beberapa varian RAM dan storan dalaman. Namun, semua varian tersebut akan diketahui sebaik sahaja dilancarkan. Bateri vivo X60t Pro ini disenaraikan mempunyai kapasiti 3,920mAh yang merupakan cas minimum untuk sel kuasa yang mempunyai kapasiti 4,000 mAh.

Kami juga mengharapkan telefon ini akan menggunakan sistem operasi Android 11 dan paparan antara muka OriginOS. Memandangkan telefon ini mungkin dipasarkan di China sahaja, ia mungkin tidak menggunakan paparan antara muka Funtouch OS.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version