Site icon TechNave BM

Imej Xiaomi Poco F4 5G didedah, hampir serupa dengan Redmi K40S

Sebelum ini, IT House melaporkan bahawa Xiaomi mengeluarkan siri POCO GT di luar negara pada bulan April dengan harga pembelian awal bermula dari 500 euro (~RM2,354). Kini, beberapa imej telefon pintar POCO F4 5G akan datang didedahkan kelihatan hampir sama dengan siri Redmi K40S yang dilancarkan di China sebelum ini.

Khabar angin mengatakan POCO F4 5G adalah berdasarkan siri Redmi K40S. Imej tersebut menunjukkan “64MP OIS” di bahagian belakang peranti menyatakan ia menyokong kamera 64MP dan penstabilan imej optikal OIS. Peranti itu mungkin membawa lensa ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP serta kamera swafoto 20MP.

Selain itu, sumber turut mengatakan bahawa telefon POCO F baharu mungkin dilengkapi dengan paparan AMOLED FHD+ 6.67 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, RAM 6/128GB, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 67W di mana pengecasan 0-100% mengambil masa hanya 38 minit. 

Sekiranya ia sama seperti Redmi K40S, maka peranti ini mungkin menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 870. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: IT Home

Exit mobile version