Site icon TechNave BM

India mewajibkan pengecasan jenis USB-C mulai Mac 2025 seperti Eropah

Pengeluar peranti telah diberi tarikh akhir Mac 2025 untuk memastikan peranti yang dijual di India mempunyai port USB-C untuk mengecas. Pengeluar peranti juga perlu memastikan bahawa mereka mematuhi syarat pengecasan berwayar USB-C biasa. 

Kesatuan Eropah (EU) telah pun memberikan tarikh akhir pada 28 Disember 2024 kepada pengeluar peranti untuk pematuhan dan arahan itu akan dikuatkuasakan beberapa bulan.

Menurut laporan dari The Economic Times, Rohit Kumar Singh, setiausaha, kementerian hal ehwal pengguna mengatakan terdapat rantaian bekalan global yang berperanan dalam hal pengecas. Oleh itu, mereka perlu menyesuaikan diri dengan garis masa global.

Beliau turut berkata arahan itu akan bermula di India dalam tempoh tiga bulan selepas Kesatuan Eropah. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Money Control

Exit mobile version