Site icon TechNave BM

Individu berumur 18 hingga 20 tahun kini layak dapat RM50 dalam e-dompet

Melalui sidang Program Khas Dan Pembentangan Belanjawan 2021 hari ini, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk mengkreditkan RM50 ke dalam e-dompet individu berumur 18 tahun hingga 20 tahun.

Hal ini selari dengan usaha kerajaan untuk menguatkan lagi budaya pembayaran tanpa tunai. Sebanyak RM75 juta diperuntukkan untuk program eBelia khas untuk memperkasakan budaya tanpa tunai baharu ini.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version