Dua syarikat e-hailing popular, InDrive dan Maxim, telah diarahkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menamatkan operasi mereka di Malaysia mulai 24 Julai 2025. Perintah ini dikeluarkan kerana kedua-dua syarikat gagal mematuhi syarat pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat.
Pelanggaran syarat ini membolehkan APAD membatalkan lesen mereka mengikut Seksyen 12D Akta 715. Namun, mereka masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan dan keputusan muktamad akan ditentukan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Tindakan ini menyusul selepas aduan daripada Persatuan Penghantar Malaysia yang mendakwa platform ini tidak mengikuti peraturan dan menjejaskan keselamatan pengguna. Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuklah:
- Pemandu tanpa lesen PSV sah
- Tiada insurans e-hailing dan pemeriksaan kenderaan
- Kenderaan tanpa permit EVP yang sah
Pengguna dan pemandu e-hailing di bawah dua platform ini perlu bersedia dengan perubahan besar termasuk beralih ke platform sah lain jika rayuan gagal. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Berita Harian

