Perkhidmatan seru pandu (e-hailing) inDrive hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan kadar komisen yang lebih rendah kepada rakan-rakan pemandunya sempena cuti panjang sewaktu Hari Kemerdekaan yang ke-68.
Bermula 30 Ogos sehingga 1 September 2025, inDrive menawarkan kadar komisen istimewa serendah 6.8% kepada semua rakan pemandu. Ini bakal memberi peluang kepada mereka untuk meraih pendapatan yang lebih tinggi sewaktu musim sambutan kemerdekaan. Sebagai rujukan, kadar komisen pada waktu biasa adalah 10.99%.
Selain itu, inDrive turut mengagihkan 1,000 bendera Jalur Gemilang kepada rakan-rakan pemandu di seluruh Malaysia bagi mempamerkan semangat patriotisme di jalan raya.
Adakah anda akan memanfaatkan kadar komisen yang rendah ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

