Site icon TechNave BM

Infinix akan umumkan teknologi All-Round FastCharge pada 9 Mac ini

Pada 9 Mac nanti, Infinix akan mengumumkan teknologi FastCharge 260W All-Round 110W Wireless All-Round FastCharge atau dengan nama yang lebih pendek adalah ‘All-Round FastCharge’.

Teknologi FastCharge 260W All-Round 110W Wireless All-Round FastCharge merupakan gabungan dwi pengecasan pantas kepada pengguna. Bukan sahaja menawarkan pengecasan pantas, tetapi juga pengalaman yang selamat, fleksibel dan pintar.

All-Round FastCharge membuktikan komitmen Infinix terhadap pengalaman pengecasan pengguna seperti pengecasan pantas berwayar/ wayarles, pengecasan terbalik berwayar/ wayarles, pengecasan pintasan, pengecasan pintar, pengecasan selamat dan pengecasan berbilang protokol. 

Seni bina pengecasan mempunyai reka bentuk selari 4 pam sambil menggunakan seni bina litar inovatif AHB dengan ketumpatan kuasa tinggi, saiz kecil, kawalan pengecasan yang lebih pintar dan selamat serta rangkaian produk yang boleh dicas dengan lebih luas.

Infinix kini semakin membangun untuk menaikkan nama syarikatnya justeru memberikan kualiti yang baik kepada pengguna. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version