Infinix meraikan pembukaan Infinix Brand Store baharu di Lot No 1-08F, Sunway Wangsa Walk Mall menerusi End Year Penuh Bergaya Infinix Fair Roadshow ’25 yang berlangsung daripada 23 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026 di Ground Floor Court 3. Jerayawara hujung tahun ini mengajak pengunjung meneroka rangkaian produk terkini Infinix melalui tawaran perayaan menarik, pengalaman interaktif dan pelbagai ganjaran dalam suasana yang meriah dan bergaya.
Sepanjang jerayawara, pelanggan yang membeli peranti Infinix terpilih akan menerima pakej hadiah eksklusif sempena promosi Krismas. Antara tawaran termasuk hadiah seperti jersi Infinix MPL, card holder, powerbank premium, sport Bluetooth headset, tumbler, tuala mandi, pembesar suara dan kotak edisi khas bergantung kepada model yang dibeli, merangkumi siri GT, NOTE, XPAD, HOT, ZERO dan SMART. Tawaran ini memberikan nilai tambah kepada pengguna yang ingin menaik taraf peranti mereka menjelang akhir tahun.
Selain membeli-belah, pengunjung juga boleh menyertai Infinix Speed Run Time Attack Challenge, aktiviti mencabar berkonsepkan kepantasan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk barangan eksklusif Infinix, hadiah MLBB dan peluang memenangi telefon pintar Infinix sebagai hadiah utama. Dengan gabungan tawaran hebat, aktiviti menyeronokkan dan hadiah lumayan, End Year Penuh Bergaya Infinix Fair Roadshow ’25 menjadi destinasi ideal untuk menutup tahun dengan penuh gaya dan tenaga.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Infinix Malaysia di laman web, Facebook, Instagram dan TikTok. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

