Site icon TechNave BM

Infinix Campus Cup 2025: Kejohanan MLBB pelajar peringkat Asia Tenggara kini dibuka!

Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk golongan pelajar bakal menggegarkan Asia Tenggara apabila Infinix Campus Cup (XCC) 2025 rasmi dilancarkan. Dianjurkan oleh Infinix bersama MLBB, kejohanan ini membuka gelanggang kepada pelajar dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Kemboja dan Myanmar untuk memburu gelaran juara serantau.

Ia akan berlangsung dari Mei hingga Julai 2025 yang menjanjikan pengalaman bertaraf profesional untuk pelajar berusia 16 tahun ke atas. Bermula dengan kelayakan terbuka di peringkat negara, pasukan terbaik akan mara ke final kebangsaan, sebelum bertarung di Grand Final Serantau di Manila pada 2–6 Julai ini.

Game MLBB

Hadiah keseluruhan bernilai USD 30,000 menanti pemenang termasuk berlian MLBB eksklusif. Berikut senarai hadiah utama:

Lebih menarik, juara keseluruhan akan menerima tajaan penuh ke Grand Final MLBB M7 di Jakarta. Pendaftaran kini dibuka untuk pelajar Malaysia dari 28 April hingga 9 Mei 2025. Kumpul pasukan anda dan daftar segera di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version