Site icon TechNave BM

Infinix dedahkan video promosi 180W Thunder Charge System yang akan datang

Pada tahun lepas, Infinix menghasilkan prototaip telefon pintar dengan sistem pengecasan pantas 160W. Ia merupakan pengecasan terpantas dalam industri. Kini, ia berjaya meningkatkan lagi teknologi bateri dan kadar pengecasan lebih tinggi. CEO syarikat menyiarkan video promosi mengenai Infinix 180W Thunder Charge System.

CEO syarikat, Benjamin Jiang mengatakan “Caj Petir” Infinix menunjukkan nama teknologi yang ditulis pada label skrin. Sistem pengecasan mempunyai kadar kuasa puncak yang menakjubkan iaitu 180W seperti yang ditunjukkan dalam video promosi 10 saat itu.

Buat masa ini, kami tidak pasti akan kepantasan sistem pengecasan ini. Pada tahun lepas, pengecasan Infinix 160W mampu mengecas bateri 4,000mAh dalam masa 10 minit. Berkemungkinan besar, Infinix 180W Thunder Charge System kali ini mampu mengurangkan durasi pengecasan. 

Kami berharap syarikat dapat memadankan sistem pengecasan dengan kapasiti bateri yang besar kerana itu bukanlah perkra yang mudah. Jika diingat balik, Infinix Note 12 VIP dilancarkan dengan pengecasan 120W di mana kapasiti bateri 4,500mAh boleh meningkat dari 0 hingga 100 peratus dalam masa 17 minit sahaja. 

Tahun ini mungkin berbeza dengan Infinix 180W Thunder Charge System. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version