Site icon TechNave BM

Infinix GT 20 Pro antara telefon terawal sokong MLBB dan PUBG dalam 120 fps

Infinix yang merupakan penaja telefon gaming rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Rantau Timur Tengah dan Afrika (EMEA) dan Asia Tengah dan Selatan (CSA) kini mengumumkan bahawa Infinix GT 20 Pro menyokong keupayaan 120 bingkai sesaat (FPS).

Infinix GT 20 Pro mendahului sebagai kumpulan peranti pertama di dunia untuk menyokong PUBG MOBILE dan Mobile Legends: Bang Bang dalam 120FPS. Dengan sokongan Infinix GT 20 Pro untuk kedua-dua permainan dalam 120FPS, telefon pintar ini boleh menghasilkan tahap perincian dan kelancaran yang cemerlang dalam permainan mudah alih.

Gabungan kadar segar semula skrin 144Hz peranti dan kebolehan permainan dalam 120FPS mewujudkan rasa sempurna ketika bermain. Untuk pengetahuan, 120FPS lebih pantas daripada 60FPS sebanyak 8.3 milisaat. Untuk membeli, anda boleh lawati TikTok Shop, Shopee dan Lazada serta penjual sah Infinix.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Infinix GT 20 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version