Site icon TechNave BM

Infinix GT 30 Pro akan dilancar di Malaysia pada 21 Mei 2025

Infinix Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar Infinix GT 30 Pro pada hari Rabu, 21 Mei 2025. Seperti siri Infinix GT sebelum ini, ia menawarkan prestasi yang memfokuskan pada gaming sambil dijual pada harga yang mampu milik.

Telefon ini bakal dilengkapi cipset MediaTek Dimsneity 8350 5G Premium Gaming Chipset yang menawarkan prestasi tinggi untuk pelbagai game terkini. Ia turut dilengkapi skrin AMOLED dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 144Hz untuk kualiti imej yang cantik dan pantas.

Rekaan luarannya pula mempunyai lampu RGB Mechanical Light Waves yang membuatkannya lebih unik berbanding telefon lain dalam pasaran.

Selain telefon ini, Infinix Malaysia turut mengumumkan bahawa mereka akan menjadi rakan rasmi untuk liga Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia musim ke-15 dan ke-16.

Setakat ini, masih tiada banyak maklumat rasmi mengenai Infinix GT 30 Pro. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version